Selasa, 10 September 2013

PERTUMBUHAN KELAPA SAWIT


pertumbuhan kelapa sawit

bunga kelapa sawit

turnera subulata

kelapa sawit oxg hybrid

antigonon leptopus

kelapa sawit siap panen

TEKNIK PEMBAJAAN YNG EFEKTIF

  1. Teknik ‘task’.  Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja.  Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut.  Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja  tersebut.
  2. Teknik ‘label’ –  Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok.  Mandore mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja.  Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandore semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.
  3. Teknik angkat-masuk – Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.
  4. Teknik kereta sorong – Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.
  5. Teknik beg plastik – Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.  Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.
  6. Teknik ‘spreader’ – Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik.  Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama.  Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang.
  7. Perkara yang paling pokok dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan adalah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat.  Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan.  Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sekiranya mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat.  Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.



KADAR BAJA POKOK KELAPA SAWIT

FASA 1 (1-3 tahun)
  • Umur 1 bulan –  Baja Rock phosphate  -  kadar 1.0 kg/pokok/tahun
  • Umur 2 bulan  - Baja Sebatian 44  -  kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5kg/pokok/tahun
  • Umur 6 bulan – Baja  Sebatian 45 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 8 bulan – Baja  Sebatian 44 – kadar  0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 12 bulan – Baja  Sebatian 45 + boron -kadar 0.5kg/pokok/tahun
  • Jumlah 3.5kg/pokok/tahun
Umur 2 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar  1.0kg/pokok/pusingan  (3 kalipusingan setahun)
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja Sebatian 45 + boron –  1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun

Umur 3 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan  (2 kali pusingan setahun).
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
- Baja Sebatian 45 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)

Umur4-6 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun
Umur 7-20 tahun
- Baja Sebatian 44 –  2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang)
Umur 21 tahun dan keatas
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun)
- Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 10.12 mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut.
- Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian – kurangkan satu pusingan sebatian 44.

-Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir – digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian 44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%.

- Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3 tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa sawit dengan seimbang.

-Rekomendasi ini adalah untuk kawasan tanah mineral.  InsyaAllah, saya akan cuba keluarkan rekomendasi pembajaan am bagi kawasan tanah gambut.
Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.

LOGO PERLADANGAN KELAPA SAWIT (FELDA)



LOGO FELDA (KELAPA SAWIT)

Felda ditubuhkan pada 1956 sebagai agensi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1959, tanah rancangan pertama telah dibuka di BentongPahang.

Isnin, 9 September 2013

MEMPERKENALKAN TENTANG PERLADANGAN KELAPA SAWIT




 KELAPA  SAWIT


Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika,Elaeis guineensis,  berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.






Beginilah tanaman pokok kelapa sawit. ianya agak sukar diusahakan sekiranya penanamannya mengikut cara yang betul.